Assalamualaikum , aqil ingin mengucapkan selamat hari raya kepada seluruh umat Islam , dengan harapan kita telah menyempurnakan ibadah puasa dibulan ramadhan yang menjadi medah tarbiah untuk melahirkan manusia yang bertaqwa . Bukan sekadar kita dapat menunaikan kewajipan berpuasa dan mengisi ibadah lain di bulan ramadhan , tetapi dapat membentuk jati diri kita bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai manusia di muka bumi ini .
Setelah hampir sebulan berpuasa . Syawal mula menjelma . So entri ini aqil khaskan kepada bulan syawal yakni bulan kemenangan buat umat Islam , bulan umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri di seluruh dunia . Dijangkakan Hari Raya Puasa akan disambut pada 19 Ogos 2011 , Ahad bersamaan dengan 1 Syawal 1433 Hijrah.
Ibadah puasa yang telah kita laksanakan ini , dapat mendidik kita untuk dekat dengan Allah dengan mentaati Nya laksana malaikat yang taat , seterusnya menjadi manusia yang memiliki kekuatan roh dan jasad yang berbeza dengan binatang .
Apabila berjaya ditarbiah di bulan ramadhan , dengan sendirinya kita akan menjunjung tinggi agama yang membezakan hak dan batil dan yang menjadi pertarungan dunia sejak dahulu hingga kini .
Selain itu , ibadah puasa juga melatih diri bertarung dengan hawa nafsu yang bukan sahaja untuk mengalahkan hawa nafsu tetapi juga melatih diri mengalahkan musuh-musuh Islam dan memberi kemenangan kepada Islam yang akan terlaksana keadilan di seluruh dunia yang dihuni oleh pelbagai manusia .
Mudah-mudahan kita dapat menyambut hari raya sebagaimana yang dikurniakan kepada kita dengan membesarkan Allah , bukan berhibur dengan leka dan melupakan kehidupan akhirat . Sekiranya kita dapat melaksanakan hal tersebut dalam kehidupan kita khususnya hari raya ini , kita akan bertemu dengan Allah dalam penuh bahagia . Selamat hari raya maaf zahir dan batin . Aqil minta maaf sekiranya ada buat awak semua sakit hati atau marah dekat aqil . Terima kasih ▲